PENGSEKODENG SETIA

Monday 15 August 2011

HIDUP MESTI LAYAN: HACHIKO haiwan setia

HIDUP MESTI LAYAN pada entri kali ni nak berkongsi sedikit sebanyak kisah HACHIKO haiwan yang setia,HACHIKO ni adalah seekor anjing dari baka  Akita Inu yang berasal dari Odate jepun.Mengikut sejarah,HACHIKO lahir pada 10 November 1923 dari induk bernama Goma-go dan anjing jantan bernama Ōshinai-go, pemiliknya adalah dari keluarga Giichi Saitō dari kota Ōdate. Hachi dipungut oleh keluarga Ueno yang ingin memelihara anjing jenis Akita Inu. Ia dimasukkan ke dalam anyaman jerami tempat beras sebelum diangkut dengan kereta api yang berangkat dari Stasiun Ōdate, 14 Januari 1924. Setelah menempuh perjalanan sekitar 20 jam, Hachi sampai di Stasiun Ueno, Tokyo.Hachi menjadi anjing peliharaan Profesor Hidesaburō Ueno yang mengajar ilmu pertanian di Universiti Kekaisaran Tokyo. Profesor Ueno waktu itu berusia 53 tahun, sedangkan istrinya, Yae berusia 39 tahun. Profesor Ueno adalah pecinta anjing. Sebelum memelihara Hachi, Profesor Ueno pernah beberapa kali memelihara anjing Akita Inu, namun semuanya tidak berumur panjang. Di rumah keluarga Ueno yang berdekatan dengan Stesen Shibuya, Hachi dipelihara bersama dua ekor anjing lain, S dan John. Sekarang, lokasi bekas rumah keluarga Ueno dikatakan dekat gedung Tokyo Department Store sekarang.


Monumen HACHINKO di stesen Shibuya Jepun


Ketika Profesor Ueno hendak pergi bekerja, Hachi selalu menghantar majikannya di pintu rumah atau dari depan pintu gerbang. Di pagi hari, bersama S dan John, Hachi kadang-kadang menghantar majikannya hingga ke Stesen Shibuya. Di petang hari, Hachi kembali datang ke stasiun untuk menjemput.
Pada 21 Mei 1925,Profesor Ueno mendadak meninggal dunia. Hachi terus menunggu majikannya yang tak kunjung tiba, dan tidak mau makan selama 3 hari. Menjelang hari pemakaman Profesor Ueno, upacara tsuya (jaga malam untuk orang meninggal) dilangsungkan pada malam hari 25 Mei 1925. Hachi masih tidak mengerti Profesor Ueno sudah meninggal. Ditemani John dan S, ia pergi juga ke stesen untuk menjemput majikannya.
Pada tahun 1932, kisah Hachi menunggu majikan di stesen mengundang perhatian Hirokichi Saitō dari Persatuan Anjing Jepun. Prihatin atas perlakuan kasar yang sering dialami Hachi di stesenn, Saitō menulis kisah sedih tentang Hachi. Artikel tersebut dikirimkannya ke harian Tokyo Asahi Shimbun, dan dimuat dengan judulItoshiya rōken monogatari ("Kisah Anjing Tua yang Tercinta"). Masyarakat Jepun akhirnya mengetahui tentang kesetiaan Hachi yang terus menunggu kepulangan majikan. Setelah Hachi menjadi terkenal, pegawai stesenn, pedagang, dan orang-orang di sekitar Stesenn Shibuya mulai menyayanginya. Sejak itu pula, akhiran  (sayang) ditambahkan di belakang nama Hachi, dan orang memanggilnya Hachikō.

video ni version english


video ni version jepun
memang sedih bila aku menonton cerita ni,ada dua version cerita ni,satu dalam version english dan version jepun, sanggup HACHINKO menunggu tuannya yang tidak pulang-pulang selama kurang lebih 10 tahun.Memang tinggi kesetiaannya terhadap majikan. Sampailah HACHINKO mati pada 8 March 1935.HIDUP MESTI LAYAN.

P/S:Selamat menonton dan lihat bagaiman kesetiaan haiwan terhadap tuannya..




2 comments:

Unknown said...

setiap kali tengok movie ni mesti menangis.terharu dengan kesetiaan hachi tu.=')

Muhamad Hamizan said...

memang sedih pun tgok cerita ni

Post a Comment