PENGSEKODENG SETIA

Thursday 15 September 2011

Why do we blink our eyes?


Why do we blink our eyes?entri pada kali ini aku nak citer ckit pasal kelip mata ni kenapa perlu 
Mengelipkan mata,mata kita secara automatiknya akan membekalkan 2 jenis perapi untuk mata kita...kenapa kita perlu mengelipkan mata? ini kerana mengelakkan dari mata kita menjadi kering dan mengelakkan daripada benda asing dari memasuki mata kita....


Pada mata kita ni sudah tersedia ada lebih kurang macam wind-shield wipers la...semulajadi..atau boleh dikenali sebagai kelopak mata...ia dikawal oleh otot tertentu untuk mengelipkan mata kita secara automatik...macam dah setting pulak...hehehhehe...ini memang lumrah alam..cuba anda tahan daripada tidak berkelip..mata akan menjadi pedihkan...dan mula mengeluarkan cecair...macam ala2 nangis....


Mata ni adalah anugerah tuhan yang paling berharga...jaga lah ia...jgn rosakkan mata anda...dengan mata macam2 kita dapat lihat dan ketahui tentang keindahan alam ni...so jagalah mata anda sebaik2 nya...ok...


Anda mungkin meminati BLACK TAJ MAHAL?klik sini

Tuesday 13 September 2011

BLACK TAJ MAHAL?

BLACK TAJ MAHAL...Ha aku nak sambung bercerita kat sini....mesti korang semua tahu pa yang selalu orang katakan tentang TAJ MAHAL adalah lambang cinta sejati antara MUMTAZ dan SHAH JEHAN...Taj Mahal yang selalu orang katakan ni diperbuat dari marble putih...dan tentulah bewarna putih...tapi korang tau tak sebenarnya ada TAJ MAHAL berwarna hitam....
mengikut sejarah...Mumtaz ni adalah isteri kedua dan yang paling disayangi oleh Shah Jehan...kerana Mumtaz telah memberi kan anak seramai 13 orang dan mumtaz menghembuskan nafas terakhir apabila melahirkan anak yang ke13 dan pada ketika itu beliau berumur lebih kurang 38tahun...muda sgguh...tu sebab si shah jehan ni cukup sayang kerana isteri pertamanya tidak dapat memberikan zuriat kepadanya...

Maka terciptalah taj mahal putih yang sedia ada sekarang ni...mengikut pakar kaji sejarah...terdapat tapak untuk membina BLACK TAJ MAHAL...aku sendiri tengok tapak tu...Black taj mahal ni adalah untuk makan si Shah jehan ni...tapi xkesampaian kerana tak sempat nak disiapkan...jadi mereka berdua ditempatkan didalam Taj Mahal yang sedia ada...Makam si MUMTAZ memang betul2 ditengah2 taj mahal...manakala si Shah jehan berada pada sebelah kiri...

Ha ini lah tapak BLACK TAJ MAHAL tu...cadang nak bina berhadapan dengan taj mahal putih dan bina jambatan perak merentasi YAMUNA river...untuk menghubungkan kedua2 taj mahal ni...

INDIA TOUR 2011 part1

INDIA TOUR Salam dan selamat sejahtera kepada semua,dah lama aku tak memblog ni,gatal dah tangan nak menulis ni,aku rasa lebih kurang 2 minggu gak,sibuk aku beraya kat DELHI hehehhehe...tapi aku bawakan serba sedikit pengalaman aku kat sana...Apa pengalaman yang aku nak kongsi ngan korang?huhuhuh banyak gak la...Ada yang best dan ada yang xbest...mcm2...pelik tapi benar...semua ada bermain dalam kepala aku ni...bak kata orang...jauh perjalanan luas pemandangan....

29 Aug 2011
Aku memulakan perjalanan aku menaiki pesawat jetairways...mula2 flight yg ditetapkan adalah pada pukul 2ptg...tapi delay plak sampai pukul 4.30ptg..satu pesawat GULF airways salah mendarat dan terbabas...mendarat sebelah tayar kot...hehehhehe....risau gak aku...tapi apa boleh buat redah jer...kena di airport kochi tu..habis tutup semua landasan...

Dah tiba airport delhi lebih kurang jam 10 malam..mak aii...apa malam2 panas ni...jejak jer luar airport...rasa panas lain mcm...time tu memang delhi panas...ish2...xpernah aku rasa panas mcm tu...driver hotel pun dah tggu untuk bawa kami ke hotel...sampai jer hotel...indah kabar dari rupa..dlm internet bukan main cantik lagi...dasyat dorang ni...nak menipu jer kerja...

Esok harinya pulak terus checkout dari hotel..jalan punya jalan nampak la satu masjid lama..terkenal masjid tu dengan sejarah dia sapa tahu JAMA masjid...dengan beg sandang masuk jer..dlm keadaan panas terus mulakan sesi fotografi..ceeewwaaahhh macam model lak...
Korang tahu berapa bayaran masuk masjid ni...aku pun pelik gak..kenapa nak masuk masjid pun kena bayar...RS200 sama dengan RM14...masuk takdelah bersih sangat..aku tak tau dorang buat apa dgn duit tu...nak cakap mantainance masjid ni xder pun...aku bagi atas sedekah jer...tak tau lah mana duit tu pergi...
Yang ni aku lupa nama dia..tapi temple untuk agama sikh...kat india ni banyak temple...banyak sgt dengan rekabentuk yang macam2...cantik dan tersergam indah la...



Yang gambar kat atas ni di kawasan umah presiden dia..beh kurang mcm putrajaya la.tmpat pentadbiran dia..kat sini jer yang aku tengok bersih..driver taxi tu pun cakap ngan aku....bukan aku kata eh...driver teksi tu yang cakap....Memang besar umah presiden dia..mcm istana dah aku tengok..huhuhuhu...
Ini pulak gate of india...tempat memperingati pahlawan-pahlawan yang terkorban semasa perang...xsalah aku perang ngan pakistan kot...ntah xsempat nak baca sejarah dia...sibuk tangkap gambar jer...hihihi...







INDIA TOUR 2011 part2

apa lagi sibuk la aku berjalan2 tanpa lengah...puasa2 pun nak jalan2 gak..huhuhu...tiba lah hari raya..aku gi embassy malaysia kat delhi..best gak sambutan raya kat sana...meriah..bnyak budak2 kecik pastu dorang import satay dari k.l..perggghhhhh dah lama xmakan satay ni...mcm2 aku sebat rasa nak tapau pun ada hehehhhehee...






Lepas tu aku mulakan perjalanan ketempat yang paling aku nak pergi...TAJ MAHAL bro..huhuhuhu dapat gak kau tengok taj mahal depan mata ni...masuk lagi tgok kubur si mumtaz dan shah jahan....guide aku cerita yang sebenarnya ada lagi satu TAJ MAHAL....nama dia BLACK TAJ MAHAL...hasrat si suami iaitu shah jahan nak kebumi kat situ...tapi xkesampaian xsempat siap dan hanya tapak jer dijumpai oleh para arkeologi...kenapa lah tak terbinanya black taj mahal tu kan...huuhuhuh