PENGSEKODENG SETIA

Friday 6 June 2014

RINDU ARYAN

Rasanya dah lama jari jemari ni x menaip...agak bz sedikit dan takde masa...Siapa ARYAN..itulah cahaya mata pengerang jantung kami...Anak kami yang sudah memasuki usia 9 bulan MUHAMAD ARYAN HAFIY BIN MUHAMAD HAMIZAN...Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk melihat dia membesar di hadapan mata...seronok sangat tgok dia dari kecik sampai sekarang dah makin membesar n yang paling best apabila kebijakkannya terus meningkat dari hari ke hari....
Tegnok dia mula-mula kepala botak n sampai sekarang rambut dah panjang...terpaksa lah ayah dia potong rambut...sampai tobek2 sebab x duduk diam..Rindu sangat dengan telatah dia yang banyak peEL...nak eja pon x tau betul ke x....
Ni guitar karen yang ayah dia belikan...heheheh...posing bukan main lagi....macam Man Kidal pon ada....Tapi berdoa agar menjadi anak yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT...Jadi anak yang baik dan berbakti kepada agama ,bangsa dan negara...Penyambung Keturunan SULAIMAN heheheheh......
Tu muka penat hangout berdua sebab ibu dia gi kursus selama 5 hari so terpaksa la ayah dia jaga...mula-mula agak tak biasa lah dengan kerenah dia tapi lama-lama dah tau mcm mana nak atasinya dengan mudah.....thanks to MY LOVELY WIFE AZIHAN BINTI ABU BAKAR yang Melahirkan zuriat kami...semoga Allah merahmati perkahwinan kami sehingga hujung nyawa.... amin

Saturday 4 August 2012

HIDUP MESTI LAYAN: PELANGI KEMBAR

Salam ramadhan kepada semua..kali ni nak kongsi pengalaman sikit..aku ni berkerja sebagai anggota TLDM or NAVY..memang teman rapatku adalah laut melalui pelayaran..dah banyak pelayaran yang telah aku lalui..sepanjang pelayaran..banyak gambar-gambar yang telah aku snap untuk aku simpan..gambar-gambar tentang kejadian alam menandakan kebesaran yang maha kuasa..mendamaikan dan menenagkan bila aku tengok gambar ni balik..gambar yang paling menakjubkan adalah gambar pelangi ni..berkembar..memang chance aku nak snap gambar ni..gambar ni memang asli dan tidak menggunakan apa2 helah pon..
cantik kalau dapat tengok dengan mata sendiri..macam2 lagi gambar yg aku ada..tapi malas nak up load sebab internet slow r kat sini..aduhhhh..ni satu lagi gambar

Friday 3 August 2012

KAMBING JERIT MINTAK TOLONG?

HIDUP MESTI LAYAN: Perghhhh..terliur aku tengok kambing atas api ni..tengok kambing atas api lagi menampakkan yang kambing itu panas...ehehhehehe..tapi tu la yang sedap pun..mbekkk mmbekkk mmbekk!! jerit si kambing kepanasan atas api tu.just melawak jer..ni cerita pasal bulan ramadhan..kambing golek or kambing panggang yang dijual di bazar ramadhan di stadium shah alam..perghhh ramainyer orang...menghangatkan lagi suasana kat situ..

Ramai orang yang salah sangka tentang daging kambing ni..memang sesiapa yang mengambil daging kambing akan merasa panas dan boleh membuatkan badan tidak selesa..akan tetapi ada kebaikkan disebalik kejadian itu..khasiat kambing gak banyak..sementara tunggu berbuka aku search la kat google KHASIAT DAGING KAMBING..antaranya:

PENCEGAH PENYAKIT DARAH TINGGI
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan diuraikan sebagai lemak yang disimpan di dalam badan..masalah ni la yang boleh membantu kepada obesiti dan kegemukkan..tu sebab lah pesakit yang menghidap  darah tinggi tidak dinasihatkan mengambil daging kambing..manakala kepada manusia yg tidak mempunyai masalah tersebut disarankan memakan daging kambing..kerana daging kambing akan membantu membakar lemak berlebihan dan ia akan menyebabkan badan berasa panas.

MENCANTIKKAN KULIT
Pasal kulit cantik.daging kambing juga menagndungi vitamin c yang boleh membantu mencantikkan kulit..macam buah oren lak..hehehe..vitamin c tidak teroksida ni menyeimbangkan dan mengurangkan fungsi hempedu dan ini dapat mencantikkan kulit...

MENINGKATKAN NILAI KASIH SAYANG
huhuhuh..macam pelik bunyi nyer kan..mgkin sebab bau kambing tu sendiri kot..tapi bagi aku penggemar daging kambing..lagi banyak rasa kambing tu lagi syahdu untuk layan makan daging kambing tu..bagi sesetengah orang bau dan rasanya tidak menyenangkan...masing2 punya selera lah..Bagi segi sainstifik..kolestrol kambing yang diterima oleh jantung dapat melembutkan jantung itu sendiri..ini adalah penyumbang bagi keceriaan kehidupan seseorang...

Harap infomasi ni dapat menceriakan lagi peminat2 kambing diluar sana..UNDILAH KAMBING...hehheheheh

Tuesday 31 July 2012

Cuti-Cuti Ramadhan

Alhamdulillah pada tahun ini sekali lagi dapat aku menjalani ibadah puasa..tahun ni lebih bererti buat aku sebab pertama kali aku berpuasa bersama isteri tercinta..nasib baik tak kena belayar bulan puasa ni..dapat aku luangkan masa untuk isteri aku..So apa lagi aku pun ambil kesempatan ni ambil cuti..sambut puasa kat kampung la..puasa pertamaku di rumah mertua di Sungai Siputeh Selama Perak..
Seronok gak sekali sekala balik kampung..tenang rasanya..release stress..gambar ni aku ambil masa nak menunggu waktu buka..jalan-jalan naik motor ngan wife TERCINTAKU..hehehehe..lepas gi bazaar ramadhan kat selama..kami pun jalan-jalan keliling kampung..lepak-lepak tepi sawah..nak mandi air terjun time puasa lak..tapi takper janji seronok..sekarang aku dah ada dua kampung..seronok rasanya..
Naik motor jalan-jalan..wife aku ni suka sangat ambil gambar..semua nak ambil gambar..layan jer..kalau boleh tgah naik motor pun nak ambil gambar..ish ish ish..dah puah jejalan dah penat kami pon balik ke rumah nak buat persisapan berbuka..nanti raya balik lagi la ke Selama..heehhe..insyaAllah..

Ha..nampak budak comel kat gambar tu..tu lah anak sedara aku yang pertama..dah jadi PAK NGAH dah aku..hehehe..bulat mata dia..nama dia IZZ ZARA SOFEA..mintak2 betul la ejaan nama dia tu..masa ni buka puasa kat umah ibu aku di shah alam..kena la adil kan..lepas kat perak balik shah alam lak..dapat jumpa Zara..dah besar dia..ntah2 lepas ni aku balik dah boleh jalan plak kot..dah pandai nak berbual ngan orang..tapi tak faham la apa yang dia cakap..tak banyak songeh..senyap jer duduk kat makngah dia..
erm macam biasa lah..puasa n raya memang mcam adik beradik kembar..nak baju baru..semua baru..apa lagi shopping sakan la wife aku..ditemani oleh ibu..pergi la ker PLAZA GM klang..nak beli baju kurung ngan baju melayu..tema kami kali ni JAMBU heheheh merah jambu...pastu gi JJ bukit tinggi klang...dah penat berurut la lak kat kerusi ogawa tu..tau pon penat..time shopping tak ingat penat eh...heheheheheh...tapi yang penting happy dan terukir senyuman diwajah isteri tersayangku...sekian

Wednesday 4 April 2012

habishhhh sudah..

Salam kepada semua..agak hampir 5 bulan aku tak berceloteh kat blog aku ni..apa agaknyer yg jadi?..so far alhamdulillah..aku sudah menamatkan zaman bujang aku baru2 ni.aku telah menikahi perempuan yg paling aku sayang azihan..i love u baby..heheheh..so agak bz la..lg pun aku balik dari india terus naik kapal..so xder masa nak on9..lebih2 lg dah bergelar suami..harap maaf eh..


So lepas ni aku harap dpt aku bergiat aktif untuk berblog ni..rindu gak rasanya..tmpat bebas bersuara ni..


Dikesempatan ni aku nak ucapkan pada kakak aku intan suzzana kerana telah selamat melahirkan puteri pertama hasil perkongsian hidup bersama abg fahmir..dah jadi pakngah aku sekarg..bertambah lg keluarga sulaiman..heheheh..xsabar nak balik jumpa baby


Published with Blogger-droid v2.0.3