PENGSEKODENG SETIA

Sunday 14 August 2011

KENAPA PERLU TIDUR?



Salam dan selamat sejahtera kepada semua,sekali lagi aku berasa bosan,tercetus lah idea nak mencari info pasal entry kali ni,KENAPA PERLU TIDUR?.....macam simple jer kan entry aku kali ni,tapi disebaliknya amat penting kenapa kita sebagai hidupan dimuka bumi ini perlu tidur...kalau tak payah tidur boleh ke tak?aku rasa sehari tak tidur mungkin boleh,tapi jika tak tidur kita macam melawan lumrah alam sebagai seorang manusia yang normal...

setiap hidupan seperti manusia,haiwan,tumbuhan dan lain2 lagi memerlukan tidur untuk meneruskan hidup atau dalam englishnya SURVIVAL...Tidur akan memberikan kita masa untuk merehatkan semua anggota badan termasuklah processor kita iaitu otak...tidur seperti memberikan kita CUTI PENDEK....kalau cuti panjang time tidur tu dah jadi lain..heheheh...bila kita tidur...akan memberikan peluang kepada otak kita untuk berehat.
sebenarnya sampai sekarang,sainstis-sainstis dunia tidak dapat mengetahui dengan lebih tepat berkenaan tidur dan kerja-kerja yang dilakukan oleh OTAK semasa kita tidur.Seseorang itu memerluka tidur yang cukup,dan apa yang dikatakan tidur yang cukup adalah masa dan mengikut umur....seperti bayi yang baru lahir memerlukan tidur sekitar 14-15jam sehari....tu la kita tengok bayi baru lahir memang kerja dia tidur jer...Budak-budak umur sekitar 5-12tahun memerlukan tidur dari 10 hingga 11jam....orang dewasa pula cukup sekadar 7-8jam sehari....
Bila kita tidak tidur SATU HARI kita akan menjadi seperti lesu dan sakit-sakit badan....apabila kita tidak tidur DUA HARI kita akan gagal berfikir dan melakukan sesuatu kerja,selepas 5HARI tidak tidur,kita akan mengalami HALUSINASI dan membayang...antara sebab sebab yang utama kita perlu TIDUR adalah:

  1. Semasa tidur badan kita akan membaiki segala tisu-tisu yang rosak
  2. merendahkan kadar metabolisma
  3. semasa tidur,manusia yang mempunyai kadar tekanan darah yang normal akan mengurangkan dalam 10-20% kadar denyutan jantung
  4. menyahtoksinkan segala toksin yang ada pada badan
  5. menyelesaikan segala masalah
  6. menyimpan segala infomasi yang telah dikumpulkan
  7. menggantikan kimia-kimia.
P/S::so aper lagi jom la tidur...jangan lah tak tidur demi kesihatan anda...

0 comments:

Post a Comment