PENGSEKODENG SETIA

Friday 16 December 2011

HIDUP MESTI LAYAN: TIP DOWNLOAD MOVIES MUDAH

HIDUP MESTI LAYAN: TIP DOWNLOAD MOVIES MUDAH

Wednesday 23 November 2011

TIPS DOWNLOADS MOVIES MUDAH

Salam satu Malaysia,pada entry kali ni aku nak berceloteh sikit pasal downloads movie ni,tapi aku rasa semua orang pun pandai download movie or apa2 file yang korang suka,betul tak?,entri kali ni sekadar ingin berkongsi jer pengetahuan yang aku belajar dari kawan aku..Minat nak download movie ni hadir dalam hidup aku masa aku study kat india ni,internet fee dia murah banding ngan Malaysia dan unlimited..Thanks to Mr Pejal Abbas yang sudi ajar aku..heheheheheh...Harap korang semua sudi la tengok yer...taknak tengok takper..tapi kena tengok jugak...

TIP DOWNLOAD MOVIES MUDAH

Ok kita sambung lagi cerita tu,macam mana nak download movies or file yang korang nak dengan mudah dan percuma,ni aku nak bagitahu pada siapa yang tak tahu lah,untuk kesenangan jugakkan,..aku harap bermanafaat pada korang semua,


LANGKAH 1
Pernah dengar U-TORRENT tak..Mesti pernah dengar kan,ni aku nak cerita pada yang tak pernah dengar,U-TORRENT ni salah satu macam platform la untuk kita downloads..KLIK SINI untuk downloads...
LANGKAH 2
Ok lepas tu open file torrent yang korang download tadi dan run mcam biasa dan install kan ia...

LANGKAH 3
Lepas dah habis install korang biarkan benda tu dulu,dan sekarang korang pergi kat website torrenz ni untuk pilih movie apa yang nak di download..KLIK SINI..Korang pilih yang mana korang suka...
LANGKAH 4
Lepas korang klik dia akan keluar banyak website-website yang boleh korang downloads..contohnya aku pilih yang ni..Thepirate bay...tapi kalau tak boleh korang ada option lain berlambak ada kat situ...
LANGKAH 5
Lepas dah klik,akan keluar macam kat bawah ni dan ingat jgn klik kat tempat lain..hanya pakai DOWNLOAD THIS TORRENT...tak kira la anda pakai apa ker selain the pirate bay..Ada faham...

LANGKAH 6
Lepas korang abis downloads,klik kat butang yang kat bawah tu untuk run kan application dia..ha mcm ni...
LANGKAH 7
Lepas dah klik dia akan jadi macam ni dan save la di mana lokasi yang anda nak savekan movie anda...

hAAAAA..senangkan...lepas ni korang boleh la download apa yang korang nak,apa pun ada..try la search...tggu la sampai download tu habis dan ENJOY YOUR MOVIE...heheheheheh

P/S: Lepas dah baca tu nak share kat fb ker nak like ker memang diharapkan..sekian





Sunday 20 November 2011

THE MOST BEAUTIFUL MAN IN THAILAND

Pada entri kali ni,aku nak kongsi sikit pasal THE MOST BEAUTIFUL MAN IN THAILAND,kenapa lelaki guna perkataan BEAUTIFUL?pelikkan...kalau BEAUTIFUL ni selalu dikaitkan dengan perempuan...Tapi ni lain,LELAKI guna istilah BEAUTIFUL pulak...lawak pun ada aku dengar...takper jom kita selongkar lagi apa cerita ni.....


sekali anda melihat gambar di bawah ini ternyata pada fikiran anda ini hanyalah seoraang remaja  lelaki biasa . tapi tahukah anda bahawa remaja kecil molek  ini akan menjadi popular dek kerana keinginannya untuk menjadi seorang wanita yang tinggi.

Inilah dia THE MOST BEAUTIFUL MAN IN THAI …NONG POY

Pada usia 17 tahun nong poy telah menukar jantinanya.  Wlaupun terpaksa menahan komplikasi yang teruk akibat pembedahan tersebut , tapi demi keinginannya untuk menjadi seorang wanita nong poy terus tabah. Akhirnya dia Berjaya merangkul beberapa award dalam pertandingan ratu cantik. Jom check gambar-gambat die yang cun melecun kalahkan anak dara..hahah

Posing mengalah kan perempuan ni...mak ai...aku pun tergoda...hahahahhahahaha

HAHAHAHAHAHA...memang mantap...tapi memang naluri dia macam tu...mula2 aku tengok macam tak percaya gak...tapi dua kali tengok terus tak percaya...hehehehhehehe

P/S : PENULIS HANYA SEKADAR BERKONGSI CERITA DAN BUKAN UNTUK MEMPENGARUHI SESIAPA....


Saturday 19 November 2011

LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA FINAL SEA GAMES 2011

Tahniah buat pasukan malaysia kerana berjaya menewaskan pasukan Myanmar 1-0 di dalam saingan separuh akhir bola sepak sukan sea petang tadi,tahniah juga buat pasukan Indonesia yang telah berjaya menewaskan pasukan Vietnam 2-0 pada saingan separuh akhir kedua tadi,pertembungan antara dua negara ini memg dinanti2kan oleh seluruh peminat bola sepak negara,mari sama2 kita beri sokongan yang padu pada pasukan negara...MALAYSIA BOLEH!!!!,Perlawanan akhir akan berlangsung pada ISNIN ini.....di sini saya ada menyediakan link untuk LIVE STREAMING.....


Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.
Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.
Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.
LIVE STREAMING FOOTBALL FINAL SEA GAMES 2011 MALAYSIA VS INDONESIA
LINK 3

SILA BUKA LINK 15 MINIT SEBELUM PERLAWANAN BERMULA....
Mari tengok Final ni sotong ni betul ker tak...hahahhahahahahah.......

Thursday 17 November 2011

MALAYSIA VS INDONESIA SEA GAME 2011

Hari ini 17 NOVEMBER 2011 arena sukan SEA sekali lagi bakal menyaksikan pertemuan antara kedua-dua jiran yang begitu dinanti-nantikan sekali oleh peminat bola sepak tempatan...adakah Malaysia mampu mengatasi pasukan Indonesia atau pun sebaliknaya,namun apa yang kita harap,pasukan negara akan mara dan menentang dengan penuh semangat supaya dapat melangkah ke peringkat seterusnya....Perlawanan akan berlangsung jam 8.00 malam waktu malaysia...mari sama2 kita saksikan pasukan negara beraksi dan berilah sokongan yang padu...

Awal lagi sotong ni dah menilik...heheheh tapi jangan percaya sangat...kadang bukan betul sangat pun...
Untuk live streaming boleh la melawat di link yang diberikan.....KLIK DIBAWAH INI.....


GO !!!!! GO!!!! GO!!!!! GO!!!!! MALAYSIA BOLEH.....SEMARAKKAN BOLA SEPAK NEGARA KITA...JOM RAMAI2 SOKONG PASUKAN NEGARA MALAM NI TAKKIRA DIMANA ANDA BERADA.......





Saturday 15 October 2011

HANDPHONE TERMAHAL DI DUNIA

HANDPHONE TERMAHAL DI DUNIA..Haiyaaaaa.manyak mahal pun handphone ini pun...hehehe..apa lagi memang mahal handphone ni...berjuta dollar harganya..kalau pakai aku rasa silap2 kena potong tangan ni dek perompak..hahahha..apapun ni mungkin disebabkan oleh kepuasan seseorang atau pun untuk menunjukkan tahap kekayaan dia...apa pun xboleh...biarlah duit dorang..kalau pakai duit aku bising gak lah...jom kita tinjau sebab apa handphone ni boleh mahal....
hAAAAA...ini dia handphone termahal didunia buat masa kini...kalau korang rasa iphone 5 tu dah cukup mahal..ha ni ameekkkkk...iphone 4 jer....dari Stuart Hughes–the iPhone 4 Diamond Rose Edition...korang tau berapa harga ni....$8million derrrrr....backplate bertatahkan rosegold,band dia 100 carats diamonds...mak datuk aiiiiii...kalau dapat rompak ni kaya pokcik...home button bat dari platinum dan diserikan lagi dengan pink diamonds....huishhhhh berpeluh gak aku tgok......

TIPU SULTAN?

TIPU SULTAN?Sultan mana yang kena tipu?siapa yang tipu sultan?berani betul lah orang orang macam ni...sudah2 aku xnak mengarut lagi...sebenarnya aku nak cerita pasal TIPU SULTAN...masa aku pergi kat town KOCHI di India...ada satu tut tut ni..ada tulisan kat kenderaan dia yang bertulis TIPU SULTAN GREAT WARRIOR...so aku pun tertanya2 siapakah gerangan TIPU SULTAN..Mulakan langkah untuk menjejak latar belakang pahlawan ini....menjadi minat pulak aku nak tau...hehehehehe...ok ni serba sedikit tentang pahlawan ni...

Sultan Fateh Ali Tipu (bahasa Urdu: فتۃ الی تیپو) November, 1750, Devanahalli – 4 Mei, 1799, Srirangapattana), juga dikenal dengan julukan Harimau dari Mysore, adalah penguasa de facto dari Kesultanan Mysore di India dari tahun 1782 (di saat ayahnya wafat) sampai kematiannya di tahun 1799. Ia adalah putra pertama dari Haidar Ali dengan istri ke-2nya, Fatima atau Fakhr-un-nissa.
Tipu Sultan, disamping perananya sebagai seorang penguasa, juga merupakan ilmuwan, prajurit dan pujangga. Walaupun ia adalah seorang Muslim, ia terkenal sangat toleran terhadap rakyatnya yang sebagian besar memeluk Hindu. Ia memenuhi permintaan Perancis untuk membangun sebuah gereja pertama di Mysore. Tipu Sultan dan Hyder Ali tidak hanya dikenal memiliki aliansi dengan Perancis dalam usaha melawan Kolonialis Inggris, namun juga dengan Kekaisaran Maratha, Sira, Malabar, Coorg dan Bednur. Tipu Sultan terkenal menguasai banyak bahasa. Ia membantu ayahnya Haidar Ali mengalahkan Inggris di Perang Mysore Kedua, dan akhirnya bernegosiasi dalam Perjanjian Mangalore. Namun, ia dikalahkan dalam Perang Anglo-Mysore Ketiga dan Perang Anglo-Mysore Keempat dikarenakan aliansi kuat antara British East India Company, Nizam dari Hyderabad dan negeri kecil, Travancore. Tipu Sultan meninggal karena melindungi ibu kotanya Srirangapattana, pada tanggal 4 Mei, 1799.


Baru lah aku tahu sekarang apa yang dinamakan TIPU SULTAN..heheheh...pahlawan di india pada suatu ketika dulu....kalau aku nak cerita sejarah dia ni sampai esok pun tak habis...tapi dia ni banyak mencipta senjata2 baru dan tercanggih pada zaman beliau...beliau merupakan seorang ketua didalam pasukan tentera darat dan menentang orang inggeris...so kalau nak tahu lebih lanjut korang leh tengok kat link ni...CLICK HERE




Thursday 15 September 2011

Why do we blink our eyes?


Why do we blink our eyes?entri pada kali ini aku nak citer ckit pasal kelip mata ni kenapa perlu 
Mengelipkan mata,mata kita secara automatiknya akan membekalkan 2 jenis perapi untuk mata kita...kenapa kita perlu mengelipkan mata? ini kerana mengelakkan dari mata kita menjadi kering dan mengelakkan daripada benda asing dari memasuki mata kita....


Pada mata kita ni sudah tersedia ada lebih kurang macam wind-shield wipers la...semulajadi..atau boleh dikenali sebagai kelopak mata...ia dikawal oleh otot tertentu untuk mengelipkan mata kita secara automatik...macam dah setting pulak...hehehhehe...ini memang lumrah alam..cuba anda tahan daripada tidak berkelip..mata akan menjadi pedihkan...dan mula mengeluarkan cecair...macam ala2 nangis....


Mata ni adalah anugerah tuhan yang paling berharga...jaga lah ia...jgn rosakkan mata anda...dengan mata macam2 kita dapat lihat dan ketahui tentang keindahan alam ni...so jagalah mata anda sebaik2 nya...ok...


Anda mungkin meminati BLACK TAJ MAHAL?klik sini

Tuesday 13 September 2011

BLACK TAJ MAHAL?

BLACK TAJ MAHAL...Ha aku nak sambung bercerita kat sini....mesti korang semua tahu pa yang selalu orang katakan tentang TAJ MAHAL adalah lambang cinta sejati antara MUMTAZ dan SHAH JEHAN...Taj Mahal yang selalu orang katakan ni diperbuat dari marble putih...dan tentulah bewarna putih...tapi korang tau tak sebenarnya ada TAJ MAHAL berwarna hitam....
mengikut sejarah...Mumtaz ni adalah isteri kedua dan yang paling disayangi oleh Shah Jehan...kerana Mumtaz telah memberi kan anak seramai 13 orang dan mumtaz menghembuskan nafas terakhir apabila melahirkan anak yang ke13 dan pada ketika itu beliau berumur lebih kurang 38tahun...muda sgguh...tu sebab si shah jehan ni cukup sayang kerana isteri pertamanya tidak dapat memberikan zuriat kepadanya...

Maka terciptalah taj mahal putih yang sedia ada sekarang ni...mengikut pakar kaji sejarah...terdapat tapak untuk membina BLACK TAJ MAHAL...aku sendiri tengok tapak tu...Black taj mahal ni adalah untuk makan si Shah jehan ni...tapi xkesampaian kerana tak sempat nak disiapkan...jadi mereka berdua ditempatkan didalam Taj Mahal yang sedia ada...Makam si MUMTAZ memang betul2 ditengah2 taj mahal...manakala si Shah jehan berada pada sebelah kiri...

Ha ini lah tapak BLACK TAJ MAHAL tu...cadang nak bina berhadapan dengan taj mahal putih dan bina jambatan perak merentasi YAMUNA river...untuk menghubungkan kedua2 taj mahal ni...

INDIA TOUR 2011 part1

INDIA TOUR Salam dan selamat sejahtera kepada semua,dah lama aku tak memblog ni,gatal dah tangan nak menulis ni,aku rasa lebih kurang 2 minggu gak,sibuk aku beraya kat DELHI hehehhehe...tapi aku bawakan serba sedikit pengalaman aku kat sana...Apa pengalaman yang aku nak kongsi ngan korang?huhuhuh banyak gak la...Ada yang best dan ada yang xbest...mcm2...pelik tapi benar...semua ada bermain dalam kepala aku ni...bak kata orang...jauh perjalanan luas pemandangan....

29 Aug 2011
Aku memulakan perjalanan aku menaiki pesawat jetairways...mula2 flight yg ditetapkan adalah pada pukul 2ptg...tapi delay plak sampai pukul 4.30ptg..satu pesawat GULF airways salah mendarat dan terbabas...mendarat sebelah tayar kot...hehehhehe....risau gak aku...tapi apa boleh buat redah jer...kena di airport kochi tu..habis tutup semua landasan...

Dah tiba airport delhi lebih kurang jam 10 malam..mak aii...apa malam2 panas ni...jejak jer luar airport...rasa panas lain mcm...time tu memang delhi panas...ish2...xpernah aku rasa panas mcm tu...driver hotel pun dah tggu untuk bawa kami ke hotel...sampai jer hotel...indah kabar dari rupa..dlm internet bukan main cantik lagi...dasyat dorang ni...nak menipu jer kerja...

Esok harinya pulak terus checkout dari hotel..jalan punya jalan nampak la satu masjid lama..terkenal masjid tu dengan sejarah dia sapa tahu JAMA masjid...dengan beg sandang masuk jer..dlm keadaan panas terus mulakan sesi fotografi..ceeewwaaahhh macam model lak...
Korang tahu berapa bayaran masuk masjid ni...aku pun pelik gak..kenapa nak masuk masjid pun kena bayar...RS200 sama dengan RM14...masuk takdelah bersih sangat..aku tak tau dorang buat apa dgn duit tu...nak cakap mantainance masjid ni xder pun...aku bagi atas sedekah jer...tak tau lah mana duit tu pergi...
Yang ni aku lupa nama dia..tapi temple untuk agama sikh...kat india ni banyak temple...banyak sgt dengan rekabentuk yang macam2...cantik dan tersergam indah la...



Yang gambar kat atas ni di kawasan umah presiden dia..beh kurang mcm putrajaya la.tmpat pentadbiran dia..kat sini jer yang aku tengok bersih..driver taxi tu pun cakap ngan aku....bukan aku kata eh...driver teksi tu yang cakap....Memang besar umah presiden dia..mcm istana dah aku tengok..huhuhuhu...
Ini pulak gate of india...tempat memperingati pahlawan-pahlawan yang terkorban semasa perang...xsalah aku perang ngan pakistan kot...ntah xsempat nak baca sejarah dia...sibuk tangkap gambar jer...hihihi...







INDIA TOUR 2011 part2

apa lagi sibuk la aku berjalan2 tanpa lengah...puasa2 pun nak jalan2 gak..huhuhu...tiba lah hari raya..aku gi embassy malaysia kat delhi..best gak sambutan raya kat sana...meriah..bnyak budak2 kecik pastu dorang import satay dari k.l..perggghhhhh dah lama xmakan satay ni...mcm2 aku sebat rasa nak tapau pun ada hehehhhehee...






Lepas tu aku mulakan perjalanan ketempat yang paling aku nak pergi...TAJ MAHAL bro..huhuhuhu dapat gak kau tengok taj mahal depan mata ni...masuk lagi tgok kubur si mumtaz dan shah jahan....guide aku cerita yang sebenarnya ada lagi satu TAJ MAHAL....nama dia BLACK TAJ MAHAL...hasrat si suami iaitu shah jahan nak kebumi kat situ...tapi xkesampaian xsempat siap dan hanya tapak jer dijumpai oleh para arkeologi...kenapa lah tak terbinanya black taj mahal tu kan...huuhuhuh






Tuesday 23 August 2011

TIPS MENINGKATKAN HAYAT BATERI LAPTOP

TIPS MENINGKATKAN HAYAT BATERI LAPTOP...ok kali ini memang fakta dan bukannya mitos,boleh lah kita kalau nak praktikkan benda ini,tak salah pun kalau mencuba,aku bukan nak bangga apa,dah 6 tahun laptop aku pakai dan tak pernah rosak apa..heheheh...alhamdulillah..so aku akan cuba kongsikan tips sebenar dengan korang...




Start Up
Okay,bila time nak on laptop tu jangan terus letak adapter outlet kat laptop,mula2 on plug adapter tu,on laptop andathen baru cocok kat pin di laptop tu...elakkan dari laptop terkena arus terus permulaan elektrik tu..


Kecerahan screen
Kalau dah sebut kecerahan screen ni,pandai-pandailah,lagipun tak bagus untuk mata,kurangkan kecerahan screen anda tu pun dapat juga memanjangkan jgka hayat bateri anda,kalau tak banyak sikit pun jadilah.


Program
Banyak diantara kita ni kadang-kadang malas ,biar jer program tu running walaupun kita tak gunakan,so jangan jadi malas,Disablekan program-program yang anda rasa tak perlu dari background anda.Takdelah CPU load banyak sangat.


HDD
Sekarang dah heboh HDD kan,ala macam realistic picture tu n kualiti gambar dia menarik,elakkan bila memainkan program HDD menggunakan bateri,ini kerana laser yang menggunakan lebih power.

Lagu
Ramai orang mesti suka dengar lagu kan,ha klau time pasang lagu tu aper lagi pakai la earphone,bleh jimat jugakkan dan mengurangkan penggunaan bateri,


TIPS MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP

TIPS MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP/pada entri kali ini aku dah beberapa kali ingin berkongsi tentang tip-tip yang berguna kepada kita semua,cuba kita lihat pada hari ini,negara kita Malaysia semakin membangun,kita dapat lihat,boleh dikatakan lebih dari 70% keluarga memiliki komputer riba atau LAPTOP.Laptop pun sekarang ni dah banyak jenis dan berbagai-bagai teknologi yang telah diperkenalkan oleh syarikat-syarikat gergasi antaranya yang popular APPLE,SONY,HP dan berbagai-bagai lagi.
Ok la,entri pada kali ini aku bukan nak cerita pasal laptop,tapi aku nak cerita pasal bateri laptop,kalau takda suber tanaganya mana nak berjalan atau berfungsi benda alah ini.Sejarah dari mana datangnya term 'Batteries' ini adalah dari seorang yang bernama BENJAMIN FRANKLIN pada tahun 1748,Pada tahun 1981, komputer mudah alih yang menggunakan bateri pertama dicipta.Ok sebelum tu jom kita kenal dulu jenis-jenis bateri laptop ni.

Bateri ini mempunyai 3 jenis.

  1. Nickel Cadmium (Ni-Cd),
  2. Nickel Metal Hydride (Ni-Mh)
  3. Lithium Ion (Li-Ion or LiON)

Ni-Cd:Adalah bateri yang boleh dicaj semula yang pertama dibuat,agak berat dan sepanjang tempoh pengenalannya banyak complaint yang dah diterima.

Ni-Mh:Bateri jenis ni membertikan output tenaga yang tinggi,murah untuk dimiliki jika dibandingkan dengan Ni-Cd.Boleh lagi didapati pada masa sekarang.

Li-ion:Jenis ni yang sedang kita gunakan,sangat-sangat ringan,output yang mantap dan selamat,mempunyai jangka hayat sekitar 2-3 tahun dan agak mahal sikit la.

Dalam dunia sekarang ni,aku dah dengar macam-macam MITOS tentang nak jaga bateri laptop ni..