PENGSEKODENG SETIA

Sunday 14 August 2011

BOXER vs BRIEFS(SPENDER)

Salam dan selamat sejahtera,kepada semua yang membaca dan mengSEKODENG blog aku ini.Pada kali ini aku nak merepek lagi pasal pemakaian BOXER dan kelebihannya dari pelbagai sudut contoh yang utama sekali dari segi kesihatan.Ramai pemuda zaman sekarang yang lebih cenderung memakai BOXER dari memakai brief.Kalau yang datuk dan bapak-bapak yang sudah berumur tu mungkin tidak la...hehehehe....Jika kita perhatikan,di supermarket,uptown,downtown,butik jenama terkenal seperti LEVIS,RENOMA,HUSH PUPPIES dan yang lain-lain seangkatan dengannya banyak mengeluarkan berbagai-bagai design dan corak unutk BOXER keluaran mereka.Kadang-kadang rambang mata gak nak pilih huhuuhuhu.....Oklah,sebelum aku mula jom kita sekodeng serba sedikit fakta mengenai BOXER

SEJARAH "BOXER"

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Pada tahun 1925,Jacob Golomb, pengasas jenama Everlast,merekabentuk satu pakaian dalam untuk lelaki yang lebih elastik(pinggang) untuk menggantikan belted trunk yang diperbuat dari kulit dan dikenali dengan nama BOXER dan pada lewat tahun 1930 dinamakan sebagai Jockey-styles brief...Pada yahun 1985,fesyen boxer ini telah meletup dan semakin popular dikalangan masyarakat pada ketika itu kerana telah diperagakan oleh seorang ahli muzik dan model terkenal Nick Karmen didalam iklan LEVI's.




KELEBIHAN DARI SUDUT KESIHATAN

Sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang kelebihan memakai boxer berbanding brief, sebab utama adalah untuk penjagaan alat sulit lelaki.Jika memakai boxer,sistem pengudaraan yang baik dan dapat mengelakkan segala kecenderungan terjadinya penyakit kulit. Ada satu kajian menunjukkan,pemakaian boxer ini boleh melindungi SPERMA lelaki dan kerana sebab itulah 
testicles lelaki dicipta tuhan berada diluar tubuh badan.Ini adalah kerana untuk menjaminkan kesegaran dan kualiti sperma kerana sperma tidak boleh terdedah kepada haba. Jika kita memakai brief,sudah tentu testicles akan dekat pada bahagian badan kerana briefs yang dipakai adalah ketat.Ini juga dapat mengelakkan daripada seseorang lelaki itu mendapat risiko kanser testicular. Itu sebab kita tengok mat salleh ramai yang pakai boxer.Nak dapat anak-anak yang comel.huhuhu...tapi itu semua rezeki tuhan yang kita ni mampu ikhtiar jer.




REKABENTUK
Haaaaa...bab ini yang aku suka,memang banyak rekabentuk dan corak BOXERS yang boleh kita dapat dipasaran,huhuhuhu kelebihan nampak seksi lah,bagi yang dah berumahtangga tu faham-faham lah.Daripada alasan design boxers ini mungkin kita boleh simpulkan yang pemilihan corak boxer yang tepat mampu meningkatkan tahap keintiman suami isteri...hehehehe...ini teori pak kaduk aku jer...tapi boleh terima pakai jugakkan.Oppps lupa,tahu tak yang design boxers ni memang dah terkenal sejak perang dunia kedua tau.


ANTARA DESIGN BOXERS
Aku upload gambar ni bukan dari boxers aku tau...hehehhe...aku ambil gambar ni dari internet yang memang seksi lah dimata aku...kalau kat mata korang rasa tak seksi...maapkan aku yer....diam2 sudah....









Banyak kelebihan pakai boxer ni,murah dan ada jugak yang hraga mahal nak mati...huhuhu tepuk dada tanya selera dan ukur boxer di punggung sendiri...hehehhe...pakai kat dalam bukan orang nampak kan...kadang-kadang aku nampak gak time jalan2 ngan tunang aku...ada seorang guy ni sajer jer pakai boxer dan baju dia singkat...so nampak lah tag kat boxer dia tu...RENOMA siotttt....huhuhuh....yang penting dia BAHAGIA....




1 comments:

Anonymous said...

Boxer Burberry tu sah2 harga 5,6 rat huhu

Post a Comment