PENGSEKODENG SETIA

Monday 15 August 2011

HIDUP MESTI LAYAN: Menyusuri hari-hari di INDIA part 1

HIDUP MESTI LAYAN pada kali ini ingin bercerita dan sekadar ingi berkingsi pengalaman kehidupan di india ni..dah nak masuk 4 bulan aku kat sini,tak sabar rasanya nak balik...ermmmm...betul lah kata pepatah,hujan emas di tempat orang lebih baik hujan batu di tempat sendiri..banyak yang aku leh rungkaikan disini...tapi aku rasa berbesar hati sangat dapat peluang belajar di india ni...banyak benda yang aku perhatikan disini dari pelbagai sudut contohnya perwatakan orang disini,adat,kemudahan dan berbagai lagi....
sekali lagi tunang aku kenal tinggal lagi,huhuhuh...ni lah tunang aku yang tercinta...intan payung buah hati abang,,,hahahahha jiwang lak...tunggu jer la k...sabar...
kami berlapan terpilih untuk menghadiri LONG SPECIALIZATION COURSE di india ni...dah rezeki aku tahun ni terpilih pergi...jadi kami pun buat lah persiapan dan menghadirkan di kedutaan india di kuala lumpur...setelah diberi penerangan berkenaan do and dont kami pun bercutilah untuk membuat persiapan pergi...kami bertolak dari KLIA pada 1 mei 2011 dengan penerbangan BUSSINES CLASS...huhuhu first time tu naik first class...dari start duduk kat kerusi sampai la tiba kat destinasi,asyik hidangkan makan jer...huhu
time ni yang xboleh blah sangat...transit kat CHENNAI AIRPORT...8 jam ..pening kepala,airport dia memang tak tau la macam mana aku nak terangkan,masuk pintu airport tu kena check barang,lepas tu boleh pulak FOGGING nyamuk dalam airport tu,berkabus...ish3...gila betul la,aku dah rasa macam diri aku ni nyamuk lak...terpaksa lah buat sesuatu nak lelapkan mata,aku sampai lebih kurang 11malam waktu india.Terasa nak hisap rokok,nak keluar pun tak boleh,sampai merayu kat polis dia ckap nak keluar hisap rokok,baru la dia bagi.

Tepat jam 7 pagi,aku pun bergerak ker post pemeriksaan,beg2-beg besar semua dah masuk cargo,tinggal 2 hand luggage jer kat aku,kat dalam hand luggage aku ni ada hadiah harijadi IBU aku bagi,ada time pemeriksaan dia kata jam aku tu BOM....nak rampas,aku pun apa lagi melenting la,penat aku jinjing dari malaysia sampai sini kena rampas lak,aku cakap terus kat polis tu,periksa la betul-betul,hangin jer badan ni...laptop pun kena keluarkan dari beg,aduyai memang trouble betul la,takda yang menyenangkan pun.Nak tengok jam mcm mana ha ni gambar dia kat bawah...
aku rasa mungkin polis tu minat kot kat jam aku ni,silap orang la nak rampas,dah lah hadiah harijadi dari IBU aku,penat nawak dari malaysia,jinjing supaya aku dapat pastikan keselamatan jam ini.Lebih kurang jam 9 pagi kami tiba di lapangan terbang COCHIN,lega rasanya,aku time tu memang mengidam nak bantal ngan tilam,tapi perut lapar,memang ngantuk mata ni,dah la tak tidur...
masing-masing muka dah penyek,perut lapar,semua lah...memang teruk..ni gambar aku masa dalam bus NAVY india,huhuhh pakai tingkap tu der,bus kita pakai aircond sekarang ni...bus pun bergerak meninggalkan airport...pergghhh bising betul jalan raya dia...horn sana sini...xder sistem...main redah jer..saper besar dia menang...takut gak aku tengok....
sampai la jugak kat penginapan dia,tapi penginapan dia best la,ada ruang tamu n bilik,sorang satu rumah...privacy la katakan....tapi bosan gak...yang penting memang susah nak tidur sebab masa dah berlainan...susah jugaklah nak biasakan diri dengan keadaan dan makanan dia...makanan kat mess tiap2 hari kari...badan pun dah naik bau kari....huhuhuhuhu

Esoknya pergi ke sekolah masing-masing....ha ni lah sekolah navigasi aku.....
sorry gambar lupa nak rotate...ilusi mata la...hehehehhehe...kelas start memang stress,tak cukup tidur,semua la xcukup,dah tua2 nak kena study balik,pening gak kepala ni nak layan,tapi aper lagi,layan jer lah labu,bagi aku ni satu amanah....HIDUP MESTI LAYAN: Menyusuri hari-hari di INDIA

p/s tunggu entri untuk bahagian 2 pulak yer....klik sini untuk HIDUP MESTI LAYAN: Menyusuri hari-hari di INDIA part 2


0 comments:

Post a Comment