PENGSEKODENG SETIA

Tuesday 23 August 2011

TIPS MENINGKATKAN HAYAT BATERI LAPTOP

TIPS MENINGKATKAN HAYAT BATERI LAPTOP...ok kali ini memang fakta dan bukannya mitos,boleh lah kita kalau nak praktikkan benda ini,tak salah pun kalau mencuba,aku bukan nak bangga apa,dah 6 tahun laptop aku pakai dan tak pernah rosak apa..heheheh...alhamdulillah..so aku akan cuba kongsikan tips sebenar dengan korang...




Start Up
Okay,bila time nak on laptop tu jangan terus letak adapter outlet kat laptop,mula2 on plug adapter tu,on laptop andathen baru cocok kat pin di laptop tu...elakkan dari laptop terkena arus terus permulaan elektrik tu..


Kecerahan screen
Kalau dah sebut kecerahan screen ni,pandai-pandailah,lagipun tak bagus untuk mata,kurangkan kecerahan screen anda tu pun dapat juga memanjangkan jgka hayat bateri anda,kalau tak banyak sikit pun jadilah.


Program
Banyak diantara kita ni kadang-kadang malas ,biar jer program tu running walaupun kita tak gunakan,so jangan jadi malas,Disablekan program-program yang anda rasa tak perlu dari background anda.Takdelah CPU load banyak sangat.


HDD
Sekarang dah heboh HDD kan,ala macam realistic picture tu n kualiti gambar dia menarik,elakkan bila memainkan program HDD menggunakan bateri,ini kerana laser yang menggunakan lebih power.

Lagu
Ramai orang mesti suka dengar lagu kan,ha klau time pasang lagu tu aper lagi pakai la earphone,bleh jimat jugakkan dan mengurangkan penggunaan bateri,


TIPS MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP

TIPS MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP/pada entri kali ini aku dah beberapa kali ingin berkongsi tentang tip-tip yang berguna kepada kita semua,cuba kita lihat pada hari ini,negara kita Malaysia semakin membangun,kita dapat lihat,boleh dikatakan lebih dari 70% keluarga memiliki komputer riba atau LAPTOP.Laptop pun sekarang ni dah banyak jenis dan berbagai-bagai teknologi yang telah diperkenalkan oleh syarikat-syarikat gergasi antaranya yang popular APPLE,SONY,HP dan berbagai-bagai lagi.
Ok la,entri pada kali ini aku bukan nak cerita pasal laptop,tapi aku nak cerita pasal bateri laptop,kalau takda suber tanaganya mana nak berjalan atau berfungsi benda alah ini.Sejarah dari mana datangnya term 'Batteries' ini adalah dari seorang yang bernama BENJAMIN FRANKLIN pada tahun 1748,Pada tahun 1981, komputer mudah alih yang menggunakan bateri pertama dicipta.Ok sebelum tu jom kita kenal dulu jenis-jenis bateri laptop ni.

Bateri ini mempunyai 3 jenis.

  1. Nickel Cadmium (Ni-Cd),
  2. Nickel Metal Hydride (Ni-Mh)
  3. Lithium Ion (Li-Ion or LiON)

Ni-Cd:Adalah bateri yang boleh dicaj semula yang pertama dibuat,agak berat dan sepanjang tempoh pengenalannya banyak complaint yang dah diterima.

Ni-Mh:Bateri jenis ni membertikan output tenaga yang tinggi,murah untuk dimiliki jika dibandingkan dengan Ni-Cd.Boleh lagi didapati pada masa sekarang.

Li-ion:Jenis ni yang sedang kita gunakan,sangat-sangat ringan,output yang mantap dan selamat,mempunyai jangka hayat sekitar 2-3 tahun dan agak mahal sikit la.

Dalam dunia sekarang ni,aku dah dengar macam-macam MITOS tentang nak jaga bateri laptop ni..




MITOS MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP

MITOS MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP...hahaha ini yang aku suka nak cerita ni,banyaklah aku dengar tentang mitos-mitos ni,macam-macam kaedah yang cuba orang gunakan untuk memanjangkan jangka hayat bateri ni,nak tahu aper mitos nyer jom sekodeng sini..macam-macam panduan yang dorang gunakan,tapi xsalah pun nak cuba betul x?
Masuk dekat dalam freezer.
Betol ker kalau masuk kan bateri dalam freezer ni boleh menyegarkan bateri tu,macam manusia pulak kan,ok semua jenis bateri laptop apabila dibiarkan dalam suhu bilik akan discharged lebih kurang 1.9% power setahun,tu sebab orang masuk dalam freezer boleh lah tambah jangka hayat dlam 5 minit,hehehehe..


Untuk tip-tip sebenar memanjangkan jangka hayat bateri ada faktanya READ MORE



Monday 22 August 2011

IRENE Wanita Terkuat Di Sweeden?

Wanita terkuat di Sweeden,agak-agak apa aku nak kongsi pada entri kali ni?,dok jengah2 internet ni sambil menunggu waktu berbuka ,muncul satu entri dari web lain,aku just ingin berkongsi jer,wanita yang membina badan atau body builder,ngeri tak dengar?memang dah tak macam pompuan dah,habis macam jantan dah..hehehhe..apa lah yang dia makan sampai boleh jadi macam ni?dah hilang keayuannya...jom kita sekodeng tentang wanita terkuat di sweeden..
Serba sedikit mukadimah,wanita mula menyertai pertandingan bina badan pada sekitar tahun 1970,ok gak kan kalau badan awek korang macam ni.hehehehhehe,IRENE telah dilahirkan di Denmark pada tahun 1966 dan kemudiannya berpindah ker Sweeden ketika berumur 2 tahun bersama ibu bapanya.Dibesarkan di Malmo tetapi kemudiannya berpindah ke Gothenburg ketika berumur 20 tahun.IRENE menghabiskan masanya bertahun2 lamanya di gym untuk mendapatkan bentuk badan yang sebegini rupanya heheheh,dan beliau deserve untuk digelarkan sebagai Wanita terkuat di Sweeden.
Tentang diri IRENE,"saya telah berlatih sepanjang hidup saya..pada permulaan umur,saya bermula dengan Jazz ballet dan judo,ketika berumur 15 tahun saya telah mula menceburi bidang bina badan,rakan saya adalah pemilik gym tersebut dan saya telah mengikut semua latihan untuk bina badan"...
IRENE juga mahir dalam thai kick boxing,so dont mess with her,haahahhahahaha
P/S: tengoklah badan dia,ish3 ngeri aku...keayuan dah hilang,heheheeheh...sekadar berkongsi yer kengkawan hope enjoy.







Mengapa Madu dan Kurma?

HIDUP MESTI LAYAN pada entri kali ini ingin berkongsi tentang khasiat madu dan kurma,kurma begitu sinonim dengan bulan ramadhan,bukan kata bulan ramadhan,kalau di malaysia tu sepanjang tahun ada jual,pada ramadhan kali ini aku mendapati bahawa aku minat makan kurma,aku boleh ratah kurma satu plastik sampai habis,sebelum ni aku x minat sangat pun nak makan kurma ini,kalau buka pun amik 2-3 biji jer,tapi tahun ni aku dah jadi kurma maniac...heheheh....kalau bagi kat aku,sambil layan internet aku leh habiskan...jom kita sekodeng pasal kurma n madu.....
Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.


MENGAPA MADU DAN KURMA ?
MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".
BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah.Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan


MENGAPA?

Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.
Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.
Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.
Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya.

Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.


BAGAIMANA ?
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.




Khasiat Madu Lebah Asli
  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.



Khasiat Buah Kurma Segar
  • Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
  • Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
  • Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
  • Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.
  • Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.
  • Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

P/S:Semoga infomasi ini berguna kepada anda semua...salam lebaran...



Sunday 21 August 2011

HIDUP MESTI LAYAN: Sleeping Beauty?

HIDUP MESTI LAYAN:Salam sementara nak duk tunggu berbuka ni,nak cuci-cuci mata jap tengok gambar2 yg menenangkan hati ni,nampak tenang kan baby-baby ni tidur,tak payah fikir masalah,tak payah fikir apa yang hendak dilakukan,dari raut wajah semasa tidur ni pun kita dah tau betapa tenangnya mereka tido,bukan macam kita,berkerut sana sini,mengigau la aper la,menjerit.....dengan ketenangan ini lah boleh dikatakan SLEEPING BEAUTY.....










P/S:tak tau anak siapa ni..heheheheh tapi memang nice pic ni...hope enjoy HIDUP MESTI LAYAN:Sleeping Beauty.....


HIDUP MESTI LAYAN: 10 Kereta termahal di dunia 2011-2012

HIDUP MESTI LAYAN pada entri kali ini ingin berkongsi satu fakta menarik bagi peminat-peminat kereta di malaysia,dah dua hari aku tak menulis entri di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,ok jangan buang masa  aku akan berkongsi tentang 10 kereta termahal di dunia 2011-2012.Ok sebagai mukadimah, kereta 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe telah dijual dengan harga $8,700,000 pada tahun 1987. Tetapi kereta ni tak boleh la masuk dalam list kereta termahal sekarang kerana kereta tu dah tak wujud dah..Ok jom sekodeng 10 kereta termahal didunia dan tidak termasuk konsep kereta itu:


1. Bugatti Veyron Super Sports $2,400,000,ini adalah kereta yang termahal dudunia buat masa ini yang berada dipasaran,mencecah o-60 dalam masa 2.5 saat,pergghhh laju tu,mempunyai kelajuan top 267mph.
2. Pagani Zonda Clinque Roadster $1,850,000,berkeupayaan memceut 0-60mph dalam masa 3.4saat dan top speed 217mph.

*kita mempunyai seri dalam tangga ke-3
3. Lamborghini Reventon $1,600,000, ni adalah kereta Lamborghini yang paling power dan mahal yang pernah dihasilkan,berupaya memecut ke 60mph pada 3.3 saat,hanya terdapat 20 buah jer dalam dunia ni,tu sebab mahal kot.
 Koenigsegg Agera R $1,600,000,kereta ini boleh memecut 60mph dalam masa 2.8 saat dan mempunyai top speed 235mph.
4. McLaren F1 $970,000,Pada tahun 1994,McLaren F1 pernah menjadi kereta yang paling power dan termahal didunia,tetapi kini tidak lagi,mempunyai daya pecutan 60mph 3.2 saat dan top speed 240mph.
5. Ferrari Enzo $670,000,sebuah supercar yang paling popular yang pernah dihasilkan,harga semasa pernah dijual dari hasil bidaan adalah$1000000,mempunyai kelajuan pecutan 60mph 3.4saat dengan kelajuan top 217mph,terdapat 400 unit sahaja dimuka bumi ini.
6. Pagani Zonda C12 F $667,321,dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil dari itali,ia menjanjikan kelajuan pecutan 60mph pada kadar 3.5saat dan top speed 215mph.
7. SSC Ultimate Aero $654,400,ini adalah kereta yang ketiga terlaju didunia,jangan biarkan harga membodohkan anda,heheheheh top speed 257mph dengan kadar pecutan 60mph dalam masa 2.7saat.Nilai kos kereta ini adala separuh daripada Bugatti Veyron.Dikatakan hanya terdapat 25 buah dimuka bumi ni.
8. Ascari A10 $650,000,BADBOY ni boleh memecut sehingga 215mph dengan kadar pecutan 0-6omph dalam masa 3.8saat,Syarikat kereta British mempunyai rancangan untuk mengeluarkan 50 buah kereta ini di Banbury, England.
9. Saleen S7 Twin Turbo $555,000,ini adalah supercar True American yang pernah dikeluarkan,dikatakan ranking keempat supercar yang terlaju didunia,COWBOY ini mempunyai top speed 248 mph+ dan kadar pecutan 0-60 in 3.2 saat.
10. Koenigsegg CCX $545,568,Supercar ini buatan sweeden dan berada ditangga yang kelima kereta terpantas didunia,Syarikat ini juga berusaha untuk merebut takhta kereta terpantas didunia.mempunyai top speed 245mph.

P/S:dasyat sungguh kereta-kereta ni,semua harga kat atas tu dalam dollar,belum covert duit malaysia lagi,hhehehehe,apapun bangga lah barangan buatan malaysia yer....hehehee













Tuesday 16 August 2011

HIDUP MESTI LAYAN: Menyusuri hari-hari di INDIA part 2

HIDUP MESTI LAYAN: Menyusuri hari-hari di INDIA part 2..Hai salam kepada semua,sementara nak tggu berbuka ni lebih baik aku buat entri ni,so x terasa lah masa tu berlalu,umat islam kat malaysia dah selamat berbuka,aku kat sini belum lagi, ok aku pun nak bercerita lah serba sdikit tntang kisah aku kat sini,kalau nak baca silakan,kalau xnak baca pun xper,aku xmarah..sebenarnya aku xtau mcm mana nak start entri part 2 ni,banyak sangat cerita yang aku nak bagitau..okay lah biar aku open entri pada kali ni dengan kisah cinta aku,..nak tahu apa jadi bila dah jauh macam ni...Apa lagi asyik gaduh jer,dengan tunang aku ni,mana tak nya,masa kami berbeza,aku baru nak start malam aku dia dah nak tido,aku pun nak study dia pulak nak skype ngan aku...huhuhu..kadang2 bergaduh macam budak kecik...aku pun xtau nak habak macam mana.Kami start bercinta memang dah jauh antara satu sama lain,aku posting kat sandakan,ambik kau,lepas tunang pulak aku kena gi india ni...hihihihi..tahan jer lah yer...sapa suruh cari NAVY...hehehehe

Ok habis bab cinta,aku nak story pasal pembinaan pulak,korang percaya x pada zaman 2011 ni ada orang buat bangunan secara manual....mesti korang tertanya kan berapa banyak manualnya pembinaan dorang tu..Ada satu hari tu..aku jalan gi bandar,ada kerja penukaran TAR jalan..so mesti lah kena pecahkan TAR yang lama tu kan...korang tahu dorang pecahkan pakai ape?..ha mai tengok gambar ni...pakai tukul ngan besi jer bro...

Mantap kan..agak2 korang leh tak kerja macam tu?tu r jangan memilih kerja sangat..hehehe...nanti tanam anggur der...itu baru jalan..nak tengok orang bina bangunan lak...

video kat atas ni lagi best...canggih kan..hahahaha..kalau nak tahu memang macam tu pun....tapi bagus jugak macam ni...ada kekurangan dan kelebihan tersendiri,maybe kelebihannya adalah save budget kot...tapi minyak memang mahal kat sini kalau nak dibandingkan malaysia...aku tak tau apa yang murah kat sini,makan memang mahal,kalau agak2 nak makan KFC tu sekali makan memang x lari dalam RM19.00...aku rasa maybe imported kot...hehehehe..

ha ni salah satu fast food kat sini....halal...korang perasan ada tulis EXPRESS...perghhh..memang express sangat beb,style kat sini kalau korang beli ayam,burger or aper2 la,baru dia masak,memang lah lambat,dekat sejam baru dapat order,pastu mamat yg dalam gmbar ni kurang ajar tak terhingga,xmesra pelanggan langsung..macam la bagus sangat..pastu satu benda yang paling menarik aku nak cerita,kat sini memang dorang berlumba2 nak jadi first,kalau signboard kedai tu WORLD CLASS FASHION padahal kedai setinggan jer...hihihihih...memang banyak lah kalau korang nak tengok memang banyak lah...

ha ini gmbar kat depan sekolah aku..NAVIGATION DIRECTION SCHOOL...tapi aku memang puji lah setiap sekolah yang ada kat sini,alat bantuan mengajar dia memang lengkap,sapa yg faham apa maksud lengkap tu,bagus lah,bukan setakat lengkap,tapi menarik,inovasi,software memang mantap,bagus lah apa yang dorang praktik kan kat sini.Kat sini banyak sekolah ANTI SUBMARINE,COMMUNICATION,AVIATION,NAVIGATION dan macam2 lagi..

Haaa..yang ni pulak masa perasmian blok penginapan for INTERNATIONAL STUDENT,memang lengkap lah bilik dia,LCD TV,AIR COND,rumah setiap sorang satu...mantap gak la siap ada dapur,ruang tamu,rumah besar2 duk sorang2...xder makna gak kan...Yang tukang rasmi tu adalah MEJAR MUIA dari KENYA NAVY...classmate aku tu diberi penghargaan untuk merasmikan blok baru ni..hehehehhe...
okay one more thing...asyik one more thing jer...hehehe tula aku cakap banyak benda nak citer,sampai tahun depan pun xhabis,india ni memang kaya ngan monumen,bersepah2 monumen dari semua benda,kat tepi jalan raya pun ada monumen,memnag mantap la,yang ini pulak gambar masa gi lawatan kat museum NAVY dia kat INS DRONACHARYA....mantapkan kengkawan...

P/S:ok lah sampai sini jer kot,kalau nak rahu lagi tunggu next entri aku yer HIDUP MESTI LAYAN: Menyusuri hari-hari di INDIA part 3.....salam